Setiap butir beras dan kepingan sayur untuk baby Yusuf bukan saja disediakan dengan kasih sayang. Malah diramu dengan bijak dan berkhasiat.
Cara Sihat (dan Lazat!) Hanis Zalikha Mengenyangkan Baby Yusuf
Bagi para pengikut tegar Hanis Zalikha dan baby comelnya, Yusuf Iskandar, kalian pasti biasa melihat status yang dimuat naik Hanis kini kebanyakannya berkisar pada kisah tumbesaran baby Yusuf. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah inisiatif Hanis yang bukan sahaja cerewet memilih, malah dia nampaknya menyaring dan meramu sendiri makanan baby Yusuf di rumah dengan cermat dan berhati-hati. Jom lihat resepi terbaik Hanis Zalikha buat baby Yusuf.
RESEPI 1: Nasi Lembik, Lobak dan Sup Jernih Ikan Bilis
Cara Hanis Menyediakannya:
"Nasi lembik + sup jernih bawang ikan bilis tumis minyak zaitun + lobak (buat pegang dan gigit-gigit). Lobak dimasak sekali di dalam sup sampailah ia lembut. Kalau Yusuf makan brokoli pun sama cara memasaknya."
RESEPI 2: Bayam yang distim, Cendawan Tumis dan Ayam
Cara Hanis Meramunya:
"Hanis gunakan nasi + millets (lihat biji-biji kuning yang ada dekat nasi) + bayam yang distim + cendawan tumis + ayam + bawang."
RESEPI 3: Nasi, Ayam Tumis Minyak Zaitun dan Kepingan Keju Nipis
Cara Hanis Memasaknya:
"Nasi + ayam (ditumis terlebih dahulu dengan minyak zaitun) + edamame (direbus) + kepingan keju nipis (untuk rasa lemak masin). Anak-anak makan apa hari ini?"
RESEPI 4: Nasi, Ayam Tumis Minyak Zaitun dan Kepingan Keju Nipis
Resepi Hanis:
"Pagi ini, first time nak bagi Yusuf makan mushroom and also for the first time ever, nak saute his food.Nasi + broccoli + ayam stim macam biasa. Mushroom je saute dengan minyak zaitun. Lepas itu campurkan bersama dan kisar halus."
RESEPI 5: Nasi, Brokoli dan Batang Seleri
Cara Hanis Menyiapkannya:
Nasi + ayam + brokoli + batang seleri, kesemuanya distim terlebih dahulu, kemudian dikisar. I loveeee celery in Yusuf's food! Anak-anak makan apa hari ini?"
RESEPI 6: Serbuk Ikan Bilis Sangai
Cara Hanis Menggorengnya:
"Chef Mommynis tengah sangai ikan bilis, nak buat serbuk ikan bilis untuk ditabur dalam makanan bayi. Akhirnya nak introduce rasa sedap-sedap sikit dekat Yusuf. Cuma perlu kopek ikan bilis untuk buang tahi + basuh bersih + rendam seketika untuk kurangkan rasa masin. Kemudian toskan ikan bilis dan sangai di dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu, kisar halus dan simpan di dalam bekas pilihan."
RESEPI 7: Nasi Tomato Versi Baby Yusuf
Cara Hanis Meramu Nasi Ini:
"Ini Nasi Tomato versi bayi. Hanya perlu stimkan, kemudian kisar kedua-duanya. Anak-anak makan apa untuk tahun baru ni? ini soalan favourite sebab dapat banyak idea daripada mommies lain!"
RESEPI 8: Nasi Lembik, Brokoli dan Serbuk Ikan Bilis Buat Sendiri
Kata Hanis, Menyediakannya Cukup Mudah:
"And this is my friend... the best meal in the world! Siap masa mengandung sempat mengidam dan masak ini lagi. Ni anak dah keluar pun duk masak lagi. Nasi + brokoli + serbuk ikan bilis untuk baby Yusuf dan Mommy (sikit)..."
RESEPI 9: Avokado, Bayam dan Oat Organik
Cara Hanis Menyediakan Hidangan Ini:
"Pagi-pagi lagi Chef Mommynis sudah sediakan ini untuk baby Yusuf. Avokado + sayur bayam organik + cooked organic oats. Lepas itu kisarkan ia halus-halus supaya cukup untuk jadi puree pagi dan puree petang."
RESEPI 10: Baby Pasta, Sos Tomato dan Lobak yang dikisar
Ramuan Penting yang Hanis Gunakan:
"Baby pasta + sos tomato dan bawang Holland yang ditumis + lobak yang direbus. Kisar kesemua bahan ini dengan sosnya sekali. Simpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan seminggu."
Apa Lagi yang Enak dari Dapur Hanis Zalikha Untuk Baby Anda?
Apa kata anda cuba juga ramuan kentang lenyak campur susu segar ini. Memang sedap sampai baby Yusuf makan tak cukup tangan!
Pesanan Chef Mommynis Supaya Anak Suka dan Pandai Makan Sayur
"Baby boleh gigit-gigit brokoli yang telah direbus lama bersama bebawang dan ikan bilis. Ingat, potong besar-besar supaya baby kita boleh pegang dengan padat. Brokoli organik insya-Allah tiada hidupan liar di dalamnya, walau dah rendam dengan garam cuka segalak."
0 comments:
Post a Comment