Tuesday, May 1, 2018

Resepi Rahsia: Kopi Campur Mentega Bagus Untuk Diet Kurus

Resepi Rahsia: Kopi Campur Mentega Bagus Untuk Diet Kurus
Mungkin ada yang pernah cuba dan mungkin ini juga kali pertama anda dengar kopi dikacau bersama mentega. Biasanya dengan gula kan?
Ramai yang tidak tahu minum kopi bersama mentega baik untuk mereka yang sedang berdiet. Menurut mereka yang mengamalkan ia lebih baik berbanding gula dan sudah menjadi trend biasa. 
Dari beberapa kajian juga mendapati, cara ini meningkatkan metabolisme dan kaedah baru untuk menurunkan berat badan. Malah kalau diminum pada waktu pagi ia baik untuk memberi rasa kenyang dan otak lebih produktif.
Foto – Healthline
Teringin nak cuba? Senang sahaja, gunakan satu atau dua sudu teh mentega dicampurkan dengan satu mug kopi. Rasa kopi lebih enak dan berkrim dari biasa. 
Namun hati-hati!
Tahap kolesterol boleh naik jika anda terlalu mengamalkannya dan tidak mempunyai carta makanan yang sihat. Iyalah, apa pun nak kurus juga bergantung pada jadual makanan yang sebenar bukan pada kopi mentega semata-mata.
Foto – Reader’s Digest
Pilih mentega rendah lemak atau grass-fed butter yang tinggi omega-3 serta mempunyai kebaikan dalam merangsang kesihatan, memperbaiki fungsi otak dan tenaga.

0 comments:

Post a Comment