- Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, minggu ini kami ingin berkongsi resipi kuih klasik yang boleh anda cuba untuk berbuka nanti. Kepada yang sukakan Kuih Ketayap, resipi ringkas ini khas untuk anda!
- Begini caranya untuk membuat Kuih Ketayap:
- Bahan-bahan (inti):
- 3 sudu besar air
- 200g gula melaka
- 2 sudu besar gula
- 1 helai daun pandan
- 1 cawan kelapa parut
Bahan-bahan (ekstrak pandan):
- 1/2 cawan air
- 3 helai daun pandan
Bahan-bahan (kisar):
- Ekstrak daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar minyak
Cara-cara:
1. Untuk inti, masukkan air ke dalam kuali bersama gula melaka, gula, kelapa parut dan daun pandan. Gaul.
2. Untuk dapatkan ekstrak pandan, kisar air dan daun pandan. Kemudian tapis.
3. Untuk adunan tepung pula, kisar ekstrak daun pandan, santan, telur, tepung gandum dan minyak. Kemudian tapis.
4. Cedokkan adunan ke atas kuali. Apabila sudah masak, angkat.
5. Masukkan inti dan gulung.
6. Siap untuk dihidang!
Friday, May 11, 2018
Home »
Dessert
,
Resepi
,
Resepi Ala Kampung
» Minat Kuih Klasik? Jom Ikuti Resipi Kuih Ketayap Enak Dan 'Simple' Ini!
Minat Kuih Klasik? Jom Ikuti Resipi Kuih Ketayap Enak Dan 'Simple' Ini!
Related Posts:
8 Gerai Nasi Kukus “Wajib Serbu" Di Lembah Klang. Memang Terbaik Dan Pasti Tak Menyesal! Nasi kukus adalah antara menu kegemaran masyarakat Malaysia. Biasanya nasi kukus dihidangkan bersama ayam goreng rempah, berserta kuah gulai dan sambal belacan. Memang mantap! Buat penggemar nasi kukus, berita baik u… Read More
Nak Cepat? Guna Resipi 'Shortcut' Ini Untuk Buat Karipap Roti Yang Rangup Dan Sedap! Memang tidak dapat dinafikan, bila terjumpa saja resipi yang memerlukan kita membuat doh, mulalah perasaan malas melanda... Image via GifBooster Sebab itu kami rasa anda akan suka resipi minggu ini! Pe… Read More
3 Resipi Sambal Yang Semua Peminat Makan Pedas Wajib Tahu. Memang Terangkat! Tak boleh nak 'decide' mana satu sambal pilihan hati? Buat jer semua sekali! 1. Daripada soto ke pisang goreng, semuanya lebih kick bila ada Sambal Kicap! Mudah pun mudah, tak sampai 2 minit dah siap: … Read More
Begini Caranya Untuk Hasilkan Kuih Sagu Merah Klasik Ini. 'Simple' Dan Sedap! Minggu ini, kami ingin berkongsi bagaimana untuk hasilkan kuih manis bersalut kelapa ini iaitu Kuih Sagu Merah! Cukup mudah sebenarnya untuk dibuat sendiri di rumah. ;) Image via SAYS Begini caranya: … Read More
Kagumkan Ibu (Atau Mertua) Anda Dengan Resipi Onde Onde 'Homemade' Ini Bukan semua kuih tradisional susah untuk dibuat =) Image via SAYS Ikuti resipinya di sini: Bahan-bahan: - 1/2 cawan tepung pulut - 1 sudu besar tepung beras - 80ml ekstrak daun pandan - Gula… Read More
0 comments:
Post a Comment