Selain K-Pop, K-Drama juga mempunyai kelompok peminat tersendiri. Bagi aku peminat K-Drama ni lagi matang dari K-Pop sebab majority peminat K-Drama orang dewasa dan merupakan bekas peminat K-Pop. Bila pemikiran dah matang diorang dan tambah cerdik so diorang tak obses sangat kat bintang K-Pop.
Aku pernah di beri peluang untuk menjejaki tempat-tempat penggambaran drama Korea ni. Memang best. Antara tempat yang pernah aku sampai adalah tempat penggambaran drama Goblin dan Saimdang. Tapi itu di Korea. Kali ni aku nak kongsi tempat makan yang ada di Malaysia yang patut peminat K-Drama ni pergi.
1. The street café/ K Street
Restoran dua tingkat ini memaparkan stail café di tingkat bawah manakala untuk pengunjung yang lebih ramai boleh terus ke tingkat atas. Yang menariknya, restoran ini kerap menjadi tumpuan peminat K-pop.
Menunya pula berpatutan dengan harga seperti chicken popcorn RM10, Seafood Sundunu Jjigae RM15.90, Bulgogi pot rice set RM26.90
2. Mido
Nak makan apa? Korean BBQ atau masakan stew? Boleh nikmati di Mido yang reka bentuk restorannya menyamai rumah Korea dengan pintu besar bagi setiap ruang. Malahan ada dua tingkap yang menutup ruang hingga anda takkan nampak orang lain di ruang sebelah.
Jadi lebih tertutup lah. Bulgogi antara yang istimewa di sini dengan diperap bersama perisa asli, sayuran, cendawan serta mihun Korea dalam rebusan tulang lembu. Pasti anda tak toleh kiri kanan ketika menikmatinya.
3. BBQ chicken Malaysia
Dinobatkan pilihan restoran ayam nombor 1 di Korea, BBQ Chicken ini adalah singkatan kepada ‘Best of Best Quality’. Jadi, anda pun kenalah cuba untuk tahu mengenai kesedapan menu Korea ini.
4. Impressoul Gastrology
Ada tawaran terbaik di sini, tiram hidup yang dihidangkan dengan perahan lemon serta kepedasan sos Tabasco. Sangat segar hinggakan anda boleh menghabiskannya dalam satu hirupan sahaja. 5 keping tiram hanya dengan RM60 sahaja.
5. Mr.Dakgalbi
Wow! Dengarnya restoran ini ada 21 cawangan di seluruh Malaysia. Nampak sangat ramai peminat K-Drama di sini. Jadi kalau nak merasa ‘Spicy Dakgalbi chicken’ dengan resipi rahsia dari Korea, anda harus ke sini ya. Antaranya ialah di Sunway Pyramid Shopping Mall, Citta Mall, Bukit Bintang dan lain-lain.
6. Gangnam Station
Nak rasa makanan Korea dalam harga bajet? Anda boleh cuba value lunch Bulgogi (daging) Dubap, Nakgi (sotong) Dubap & Godeungeo (ikan) dubap yang didatangkan dengan 2 menu sampingan, minuman dan potongan buah pada hari tertentu iaitu Rabu & Sabtu, Khamis & Jumaat, Isnin & Selasa. Paling istimewa semua bermula dengan harga RM13.90. Lagi syok, jika anda tak sempat ke sana, Gangnam Station juga menyediakan penghantaran dengan syarat-syarat tertentu.
7. Stonebowl Korean Cuisine
Rasai pengalaman moden yang diinspirasikan dari menu tradisi yang menawarkan daging terbaik dan buatan tempatan. Antara menu yang popular ialah dumpling, savory pancakes dan stew berempah yang didatangkan dalam mangkuk panas. Harganya pula cuma RM15.90 dengan tambahan menu sampingan dan teh hijau percuma
8. Seoul Oppa Korean Seafood Shabu Shabu Restaurant
Berbeza dengan restoran Korea lain yang menghidangkan barbeque, Seoul Oppa ini pula menawarkan aneka makanan laut buet. Semuanya disediakan segar setiap hari oleh ketua chef yang didatangkan dari Korea. Jadi, ini senarai restoran halal yang harus anda cuba di Lembah Klang.
********
Tetiba pulak rasa lapar nak makan makanan korea. Jom fly ke Korea terus lah....
0 comments:
Post a Comment