Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking is like love. It should be entered into with abandon or not at all.” — Harriet Van Horne

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking requires confident guesswork and improvisation — experimentation and substitution, dealing with failure and uncertainty in a creative way.” — Paul Theroux

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking with kids is not just about ingredients, recipes, and cooking. It’s about harnessing imagination, empowerment, and creativity.” — Guy Fieri

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking is about imbibing different cultures and putting them in a plate on the table.” — Johnny Iuzzini

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Instead of going out to dinner, buy good food. Cooking at home shows such affection. In a bad economy, it’s more important to make yourself feel good.” — Ina Garten

Showing posts with label Makan Di Mana?. Show all posts
Showing posts with label Makan Di Mana?. Show all posts

Friday, May 11, 2018

8 ‘Cat Cafe’ Paling Unik Di Malaysia Yang Pasti Digilai Pencinta Kucing. Meow!

  • 1. Coffee Cottage, Petaling Jaya, Selangor

    • Coffee Cottage yang sudah beroperasi selama 2 tahun lebih ini mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri. Baik dari sudut rekaan dalaman sehingga makanan serta minuman yang disediakan. Kafe ini juga menyediakan minuman kopi yang segar dan pelbagai hidangan istimewa termasuklah kek yang dijual dengan harga istimewa pada setiap hari Rabu. Selain makanan yang menarik, tentunya kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis kucing yang gebu, comel dan membuatkan anda berasa geram apabila melihatnya. Paling best, buat bakal pengantin anda juga berpeluang untuk melakukan penggambaran pre-wedding di dalam kafe ini jika berkeinginan.

      Alamat: 1-1, Jalan SS15/8A, Petaling Jaya, Malaysia
      Layari Facebook Coffee Cottage untuk maklumat lanjut.
  • 2. Purradise Cat Cafe, TTDI, Kuala Lumpur

    • Purradise Cat Cafe, TTDI membawa konsep taman fantasi buat pengunjung yang datang. Hiasan dinding dan dekorasi kafe ini amat indah dan damai sekali. Suasana fantasi tersebut akan lebih dirasai saat anda bermanja dan bermain dengan kucing-kucing yang ada di sana. Kafe yang diusahakan sepasang kekasih ini juga boleh diibaratkan seperti "Syurga Kucing".

      Alamat: No. 24A (First Floor), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur, Malaysia
      Layari Facebook Purradise Cat Cafe untuk maklumat lanjut.
  • 3. Panda Pet House, Shah Alam, Selangor

    • Shah Alam memang sudah terkenal dengan kafe-kafe moden yang ada di sana. Namun tahukah anda, di Shah Alam juga terdapat sebuah cat cafe yang patut anda kunjungi! Konsep yang digunakan adalah konsep colourful yang mana amat sesuai untuk kanak-kanak. Ruang dinding kafe ini dipenuhi dengan lukisan tangan yang cantik dan berwarna-warni. Buat ibu bapa, kafe ini mungkin pilihan anda untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Kafe ini bukan sahaja menyediakan kucing untuk menjadi 'teman' anda di sana nanti, malah turut menyediakan pelbagai jenis binatang comel yang lain termasuklah arnab. 

      Alamat: Blok 2 Wisma Alifya Alam Alami Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Malaysia
      Layari Facebook Panda Pet House untuk maklumat lanjut.
  • 4. Malaysia CAT CAFE, Port Dickson

    • Malaysia CAT CAFE dibuka sekitar tahun 2015. Menariknya di kafe ini, gambar-gambar kucing yang comel digantung pada dinding buat santapan mata para pengunjung yang sedang menikmati hidangan di sini. Selain dibenarkan untuk bergambar dan bermain dengan kucing-kucing yang ada, para pengunjung juga berpeluang untuk mengambil kucing di sini sebagai adopted cat. Sekiranya anda berniat untuk bercuti di Port Dickson, apa kata selitkan sekali Malaysia CAT CAFE di dalam itinerary anda nanti.

      Alamat: No.37 jln 2/1 Bdr Dataran Segar, Lukut 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan
      Layari Facebook Malaysia CAT CAFE untuk maklumat lanjut.
  • 5. Purrfect Cat Cafe, Pulau Pinang

    • Bagi orang-orang Pulau Pinang dan utara pula, anda boleh berkunjung ke Purrfect Cat Cafe. Anda bukan saja dapat bermain dengan kucing-kucing yang ada di sini, malah di sini juga terdapat pelbagai jenis cenderahati yang boleh anda bawa pulang nanti. Namun, terdapat beberapa rules yang perlu anda ikuti untuk memastikan keselesaan anda dan keselamatan kucing-kucing yang ada. Ruang kafe ini juga sangat minimalis dan sesuai untuk anda serta keluarga berkunjung pada hujung minggu. Menariknya, gelas yang dihidangkan untuk anda pun berbentuk kepala kucing!

      Alamat: 53, Jalan Muntri, George Town, Pulau Pinang, Malaysia
      Layari Facebook Penang CAT CAFE untuk maklumat lanjut.
  • 6. CATS Cafe, Johor Bahru

    • Kami yakin orang Johor pasti sudah kenali CATS Cafe di Johor Bahru ini. Ini kerana kafe ini adalah kafe kucing pertama yang dibuka di negeri itu. Dari awal pembukaannya sehingga kini, ia dikatakan sentiasa penuh dengan pencinta kucing. Konsep dan dekorasi kafe ini juga agak berlainan kerana ia memaparkan konsep alam semulajadi. Terdapat beberapa dekorasi seperti tiang yang dijadikan sebagai batang pokok dan jambatan kecil di atas pokok tersebut. Kedengaran menarik bukan?

      Alamat: 31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C, Johor Bahru
      Layari CATS Cafe JB - Cats At Their Sanctuary untuk maklumat lanjut.
  • 7. Whims Cat Cafe, Kuantan, Pahang

    • Whims Cat Cafe atau juga dikenali sebagai WHIMS Cattery merupakan Cat Café & Hotel yang pertama dibuka di Kuantan. Konsep yang diketengahkan oleh kafe ini pula adalah konsep ala hipster. Selain mempunyai kucing-kucing yang comel dan manja, kafe ini juga menyediakan pelbagai jenis makanan yang sangat enak. Antara yang popular di sini adalah hidangan desserts dan floats yang lain dari yang lain. Selain itu, kafe ini juga menyediakan bahan bacaan dan juga pelbagai jenis board games. Memang best!

      Alamat: Lot B60 Lorong Indera Mahkota 15/18 25200 Kuantan, Pahang 
      Layari Facebook Whims Ktn untuk maklumat lanjut.
  • 8. Meow Meow Cafe, Kuching, Sarawak

    • Buat orang-orang Sarawak pula, anda boleh berkunujung ke Meow Meow Cafe untuk merasai pengalaman bermain bersama kucing ketika menjamu selera. Kafe ini juga merupakan kafe kucing pertama di Sarawak. Ruang makan dan santai bersama kucing di sini diasingkan bagi memastikan tahap kebersihan kafe tersebut. Ruang khas yang dibuat untuk bermain dengan kucing tersebut juga sangat cantik dan kemas. Selain itu, pelbagai jenis baka kucing yang disediakan di sini. Semuanya comel-comel belaka.

      Alamat: Lot 2641, Ground Floor, Jalan Green, 93400, Kuching, Sarawak
      Layari Facebook Meow Meow Cafe untuk maklumat lanjut.

8 Gerai Nasi Kukus “Wajib Serbu" Di Lembah Klang. Memang Terbaik Dan Pasti Tak Menyesal!

  • Nasi kukus adalah antara menu kegemaran masyarakat Malaysia. Biasanya nasi kukus dihidangkan bersama ayam goreng rempah, berserta kuah gulai dan sambal belacan. Memang mantap!

    • Buat penggemar nasi kukus, berita baik untuk anda kerana hari ini kami akan kongsikan 8 gerai dan restoran nasi kukus yang terbaik di sekitar Lembah Klang. Agak-agaknya di mana ya?
  • 1. Ilham Nasi Kukus

    • Ilham Nasi Kukus sudah beroperasi sejak 3 tahun lalu dan mengamalkan konsep layan diri kepada pelanggan-pelanggannya. Konsep makan di sini adalah pelanggan mempunyai kebebasan untuk mengambil sendiri makanan dan minuman mereka. Resepi nasi kukus di sini adalah resepi turun-temurun dan dimasak dengan cara tradisi masakan Kelantan. Nasi kukus di sini terdiri daripada gabungan nasi, 3 jenis kuah, ayam goreng, ikan bilis dan nanas. 

      Ia dijual dengan harga RM6 malah anda pasti berpuas hati kerana nasi yang disediakan untuk setiap hidangan sangat banyak serta ayam gorengnya juga bersaiz agak besar. Sedap dan pastinya mengenyangkan!

      Alamat: No.7,jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.
      Waktu Operasi: 11.30 pagi - 10 malam (setiap hari)
      No. Telefon: 013-966 2525

      Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.
  • 2. Nasi Kukus Farni

    • Bagi yang sudah biasa ke sini, beratur panjang untuk mendapatkan nasi kukus ini bukanlah lagi perkara yang luar biasa. Ini kerana setiap masa kedai ini akan dipenuhi ramai manusia. Nasi kukus gabungan gulai daging, kari ikan, hirisan timun dan sambal, ditambah pula dengan ayam goreng berempah ini mampu membuatkan sesiapa pun ingin mencubanya. Terdapat tiga jenis ayam goreng yang disediakan di sini iaitu terdiri daripada ayam biasa, ayam kampung dan ayam dara. 

      Set ayam dijual pada harga RM5 dan haruman nasi kukus ini ditambahkan lagi dengan bauan alas daun pisang yang pastinya membuka selera. Dalam masa yang sama Nasi Kukus Farni juga menyediakan perkhidmatan katering.

      Alamat: Jalan Setia Murni, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
      Waktu Operasi: 11.30 pagi - 2 petang (cuti pada Ahad)
      No. Telefon: 012-710 2206

      Layari farniscatering.blogspot.my untuk maklumat lanjut.
  • 3. Nasi Kukus Ayam Dara

    • Gerai Nasi Kukus Ayam Dara yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur ini sudah cukup terkenal di sana. Ramai yang mengatakan rasanya sangat sedap dan asli apabila nasi kukus ini dimakan dalam keadaan yang masih panas. Rasa garing ayam ditambah pula dengan kuah kari yang panas pastinya memberikan rasa yang sangat enak dan menyelerakan. Kata orang, sekali cuba pasti nak lagi. 

      Setiap set nasi kukus berharga RM7 dan menariknya anda bakal diberi air minuman seperti teh o ais atau limau ais dengan percuma. Jika mahukan kelainan, anda juga boleh mencuba set Nasi Kukus Ikan Bawal dan Nasi Kukus Ikan Keli yang ada di sini.

      Alamat: Pt22 Jln Taman Melati, Taman Melati Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
      Waktu Operasi: 11 pagi - 12 malam (setiap hari)
      No. Telefon: 018-575 8153

      Layari Facebook untuk maklumat lanjut.
  • 4. D’Naim Nasi Kukus

    • D'Naim Nasi Kukus pula sering dilihat penuh dengan orang ramai pada sebelah malam. Dikhabarkan bahawa 400 bungkus nasi kukus terjual dalam sehari. Setiap satu bungkus nasi kukus dijual dengan harga yang agak murah iaitu RM5.50.

      Kombinasi nasi kukus, gulai kerutuk, ayam goreng berempah dengan sedikit sambal menjadikan nasi kukus ini sememangnya perlu dicuba dan dirasai oleh sesiapa saja yang masih merindukan masakan Kelantan di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Kedudukan gerai yang strategik di tepi jalan ini nampaknya betul-betul memberi tuah kepada D'Naim Nasi Kukus kerana dikatakan sering dikunjungi orang ramai pada setiap masa.

      Alamat: Jalan Pantai Dalam, Taman Pantai Indah, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
      Waktu Operasi: 6.30 pagi - 12 malam (setiap hari)
      No. Telefon: 012-945 4440

      Layari Facebook untuk maklumat lanjut.
  • 5. Sajian Aalia Nasi Kukus

    • Apabila tiba di sini anda akan ‘disajikan’ terlebih dahulu dengan aroma daun pisang berserta ayam goreng berempah. Nasi Kukus di sini dijual dengan harga bermula RM5untuk set ayam goreng berempah, manakala untuk set ikan bakar pula dijual dengan harga RM6. Jadi buat mereka yang tidak menggemari ayam, terdapat ikan bakar sebagai menu pilihan.

      Selain itu, terdapat set nasi kukus bersama daging yang juga dijual dengan harga RM6. Berlainan dari gerai nasi kukus yang lain, pilihan kuah di sini pula terdiri daripada gulai daging, kaki ayam dan ikan. 

      Alamat: VG-13, Block L, Jalan Plumbum V7/V, Seksyen 7, Shah Alam.
      Waktu Operasi: 24 jam
      No. Telefon: 016-380 3320

      Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.
  • 6. Nasi Kukus Hayaki

    • Menu di Hayaki adalah pelbagai tetapi nasi kukus adalah salah satu menunya yang sering mendapat pujian. Rasa nasi kukus ini dikatakan sangat asli dan resipi yang digunakan juga adalah resipi turun-temurun. Nasi kukus hayaki dihidangkan bersama daun pisang sebagai alas. Bau haruman daun pisang bercampur dengan haruman nasi kukus ini benar-benar membangkitkan nafsu makan anda.

      Satu set nasi kukus dijual dengan harga RM7.90 dan di sini juga disediakan wifi untuk digunakan oleh pengunjung. Kawasan restoran ini juga agak selesa dan jika anda ambil lunch set anda akan menerima air teh o ais percuma. Sebenarnya Hayaki bermula di Kota Bharu, Kelantan dan selain Damansara Uptown, Hayaki juga mempunyai cawangan lain di Shah Alam dan Platinum Walk, Setapak. 

      Alamat: 1 & 3 Jalan SS21/37, Damansara Utama Uptown, 47400 Petaling Jaya
      Waktu Operasi: 24 jam
      No. Telefon: 03-7732 9912

      Layari www.hayaki.com.my untuk maklumat lanjut.
  • 7. Nasi Kukus RZ

    • Restoran Nasi Kukus RZ pastinya sudah terkenal di Shah Alam, tambah-tambah lagi dalam kalangan pelajar-pelajar universiti dan kolej di sana. Di sini, pengunjung dibenarkan memilih bahagian ayam yang ingin dimakan. Biasalah, setiap orang pastinya mempunyai bahagian ayam yang disukai bukan?

      Buat sesiapa yang berkunjung ke sini, anda pasti akan menyukai kuah gulai yang dihidangkan kerana rasanya memang lemak habis. Sambal belacan yang dihidang pun sedap, memang kena sangat jika digaulkan dengan gulai tersebut. Harga bagi setiap hidangan nasi kukus pula adalah sebanyak RM6. Selain nasi kukus, anda dinasihatkan untuk mencuba rasa dadih susu yang dijual di sini. Memang sedap!

      Alamat: Jalan Plumbum AA/7AA, 40000 Shah Alam, Malaysia
      Waktu Operasi: 8 pagi - 2 pagi (Sabtu hingga Khamis) / 3 petang - 2 pagi (Jumaat)
      No. Telefon: 013-744 4440

      Layari Facebook untuk maklumat lanjut.
  • 8. Azul Authentic Nasi Kukus

    • Buat orang Selayang, anda pasti sudah mencuba nasi kukus di Azul Authentic Nasi Kukus ini bukan? Memang kena dengan namanya, rasa nasi kukus yang dijual di sini memang benar-benar autentik. Ramai yang memberi respon, selain daripada nasinya yang harum, nasi kukusnya pun berderai sekaligus memberi rasa yang agak berlainan.

      “Tak pekena sasau, kena mengigau” itu adalah tagline yang digunakan oleh restoran ini. Bukan sekadar menghidangkan nasi kukus yang sedap, namun susur atur perabot dan konsep restoran ini sangat kemas dan teratur. Di dindingnya terhias foto-foto berbingkai untuk menambahkan lagi seri restoran ini. Set nasi kukus yang disediakan adalah Nasi Kukus Ayam Berempah, Nasi Kukus Daging Kerutuk, Nasi Kukus Ikan Keli Berempah dan juga terdapat mee kari dan rojak buah. Nasi kukus dijual bermula dengan harga serendah RM6.

      Alamat: No.47 Jalan PS8 Prima Selayang KM15 Jalan Rawang 68100 Batu Caves, Selangor.
      Waktu Operasi: 10 pagi - 6 petang (tutup setiap Ahad)

      Layari Facebook untuk maklumat lanjut.