Baik yang masih bujang atau yang sudah berkahwin, selera kita sering berubah-ubah dan ada kalanya kita gemar mencuba seleksi makanan di luar. Senang kata, dalam sebulan pasti banyak kali kita makan di luar. Di restoran, di gerai-gerai tepi jalan… namun soalan yang sama sering berlegar di minda iaitu “Nak makan kat mana”?.
Resepi Bonda cadangkan anda lima lokasi terbaik yang menampilkan foodtruck sekitar Kuala Lumpur, istimewa buat si penggemar makanan jalanan (street food).
#1 Curbside Cantina
Menyediakan makanan Mexico, ia diusahakan sepasang suami isteri dan antara menu menariknya adalah Chicken Quesa Tacos, Fish Tacos dan Beef Taccos. Churros mereka pun wajib untuk anda cuba!
Alamat: 17A Lorong Datuk Sulaiman 7, TTDI, Kuala Lumpur, Malaysia 60000
No. Telefon: 03-7732 3051
#2 Cowboy Food Truck
Mereka tidak berada di lokasi yang tetap, namun anda masih boleh menjejaki mereka menerusi pengumum di Facebook mereka [di sini].
Menyediakan pelbagai hidangan grill yang berasaskan ayam dan daging. Anda pasti suka dengan elemen hidangan barat yang ada di sini.
Jangan ketinggalan untuk menikmati seleksi hidangan mereka yang berasaskan daging lembu segar, sos BBQ serta kepak ayam yang disira dengan sos enak.
Laman Sesawang: www.cowboysfoodtruck.com
No. Telefon: 019-251 8072
#3 La Famiglia Food Truck
Bertapak di TTDI, mereka terkenal dengan masakan pasta.
Harga yang diletakkan adalah sangat berpatatan malah terdapat pelbagai menu pasta yang anda idam-idamkan seperti Carbonara, Bolognese dan lain-lain!
Alamat: Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 011-1281 1725
#4 Burger Giler Power
Anda gemarkan hidangan burger?! Trak makanan Burger Giler Power tawarkan pelbagai menu burger enak yang berintikan daging segar enak!
Boleh cuba bersama teman dan orang tersayang!
Alamat: 11, Jalan Bandar, Taman Melawati, 53100, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Malaysia 53100
No. Telefon: –
#5 Wheeloaf
Seperti bakeri bergerak, Wheeloaf jadi pilihan buat mereka yang gemarkan makanan santai seperti sanwich gebu berinti ini.
Antara yang boleh dicuba adalah Gargasam Madness, Beef Padini dan The Great Dan.
Alamat: Jalan SS21/1A, petaling Jaya / Damansara Uptown
No. Telefon: –
Jadi selepas ni tak perlulah pening-pening kepala lagi kalau hendak makan luar.
Selamat menjamu selera!
0 comments:
Post a Comment