“Taknak makan sayur, tak sedap!”
“Adik kena la makan sayur barulah badan adik sihat..”
ANAK TAK SUKA MAKAN SAYUR?
Haih, susahnya nak suruh anak makan sayur-sayuran kan? Dah cuba pelbagai jenis resipi berkaitan sayur tetapi masih sama juga reaksinya iaitu tak suka sayur. Macam mana anak-anak nak dapat nutrient yang bagus semasa melalui proses pembesaran kalau tak makan sayur? Jadi, jom kita cuba resipi bendi celup tepung ini sebagai salah satu ‘trick’ untuk anak-anak suka sayur.
MUDAH DAN SEDAP!
om cuba menu macam ni, silap silap dengan mak dia sekali meratah sama. Bendi celup tepung penuh kaseh sayang. Resepi boleh rujuk gambar, pastinya senang mudah dan ringkas. Bila dah salut tepung, anak pun tak perasan warna hijau sayur tu. Makan saja pun boleh nak campur nasi pun sedap juga. Boleh share jika bermanfaat ya.
1. Watak utama, cuma perlu sediakan tiga bahan utama. Tepung goreng Bestari, bendi dan telur. Tambahan boleh buh lada hitam/lada putih ataupun serbuk cili.
2. Celupkan bendi ke dalam telur nak bagi senang tepung melekat bila goreng nanti.
3. Lumurkan dengan tepung goreng Bestari plastik kaler oren tu, depan belakang depan belakang sampai rata. Agak suka pedas boleh buh lada hitam ataupun serbuk cili campur sekali dalam tepung.
4. Panaskan minyak. Biarkan bendi bertukar keperangan, boleh balik balikkan supaya masak sekata.
5. Siap! Boleh ratah saja macam tu pun sedap jugak atau buat minum pepetang dengan teh o panas. Bendi dah siap goreng, rangup di luar lembut di dalam.
Selamat mencuba!
Sumber: Jastia Taza
0 comments:
Post a Comment