Parents mana yang tak teruja bila bayi dah mencecah umur 6 bulan kan. Mana tidaknya, saat inilah anak kecil ini boleh mencuba makanan pejal atau solid food.
Menurut World Health Organisation (WHO), sememangnya usia 6 bulan adalah umur yang terbaik dan ideal untuk si manja menjuba makanan pertama mereka. Selain sistem penghadaman yang agak matang, waktu ini juga dikatakan bayi anda telah bersedia untuk menerima makanan pejal dan sudah pandai untuk menelan makanan.
Jika ibu-ibu diluar sana yang masih tercari-cari idea untuk menu yang boleh diberi kepada si manja, ini ada resipi-resipi mudah yang boleh dicuba.
6-8 Bulan
Pada peringkat ini, sebaiknya makanan yang diberikan haruslah dimasak terlebih dahulu supaya mudah diterima oleh sistem penghadaman anak.
Selain itu, untuk tujuan mengetahui anak anda mempunyai reaksi alahan kepada sesuatu makanan atau tidak, bolehlah cuba hidangkan puri makanan yang tidak dicampurkan dengan bahan lain.
Antara makanan yang sesuai :
Bijirin : Nasi, oat, barli
Buah : Avokado, pear, epal atau pisang
Sayur : Ubi keledek, kacang pea dan lobak merah
#1. Puri Pisang
Bahan-bahan:
- 1 biji pisang (dikupas dan dihiris)
- Air masak / susu ibu / susu formula
Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang.
2. Panaskan adunan selama 25 saat atau lebih untuk lembutkan lagi pisang.
3. Cairkan adunan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!
#2. Puri Lobak Merah
Bahan-bahan:
- 1 biji lobak merah (dibuang kulit dan dipotong kiub)
- Air masak / susu ibu / susu formula
Cara-cara:
1. Cuci bersih lobak merah. Jika boleh, gunakan lobak merah organik.
2. Masukkan ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
3. Cairkan dengan air / susu.
4. Siap untuk dihidang!
Nota: Kaedah kukusan adalah lebih baik daripada merebus kerana ia dapat kekalkan kandungan zat di dalam makanan.
#3. Bubur Nasi
Bahan-bahan:
- 1/4 cawan beras (dicuci bersih dan dikisar halus)
- 1 3/4 cawan air
Cara-cara:
1. Didihkan air.
2. Masukkan beras dan kacau.
3. Biar reneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
4. Siap untuk dihidang!
Nota: Sebagai alternatif, beras perang boleh digunakan untuk mendapatkan khasiat yang lebih baik.
So ibu-ibu sekalian, dah boleh start cari barang nak cuba resipi ni ye... =)
p/s: cadangan dan idea ini hanya untuk rujukan, sila minta nasihat daripada Doktor anda sekiranya anda tak pasti tentang pemakanan untuk bayi anda.
0 comments:
Post a Comment