Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking is like love. It should be entered into with abandon or not at all.” — Harriet Van Horne

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking requires confident guesswork and improvisation — experimentation and substitution, dealing with failure and uncertainty in a creative way.” — Paul Theroux

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking with kids is not just about ingredients, recipes, and cooking. It’s about harnessing imagination, empowerment, and creativity.” — Guy Fieri

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking is about imbibing different cultures and putting them in a plate on the table.” — Johnny Iuzzini

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Instead of going out to dinner, buy good food. Cooking at home shows such affection. In a bad economy, it’s more important to make yourself feel good.” — Ina Garten

Showing posts with label Resepi Viral. Show all posts
Showing posts with label Resepi Viral. Show all posts

Wednesday, May 16, 2018

Nak Kurangkan Sibuk Memasak Di Bulan Ramadhan, Wanita Kongsi Penyediaan Awal 'Frozen Food' Air Tangan Sendiri























Hari Khamis 17 Mei 2018, semua rakyat Malaysia sudah bersedia menjalankan ibadah puasa untuk tahun ini.  Setiap daripada kita pasti dah tak sabar untuk memulakan ibadah puasa selama sebulan bermula terbit fajar sehinggalah terbenam matahari dan tak lupa untuk melaksanakan solat sunat tarawih selepas itu.

Walaupun sedikit mencabar, namun ini adalah saat yang paling ditunggu-tunggu berbanding bulan-bulan yang lain setiap tahun.  Secara langsung, Ramadhan mengeratkan silaturahim seluruh umat Islam dan sanak-saudara yang berkumpul untuk berbuka puasa, menjalankan ibadah solat dan sahur bersama.

Para ibu pula merupakan individu yang paling sibuk sepanjang bulan ini.  Menyediakan segala kelengkapan untuk seisi keluarga menjelang raya serta menjalankan tugas sebagai 'tukang masak berkaliber' diwaktu sahur dan berbuka.  Perkongsian daripada Puan Norlelaini ditujukan khas buat para isteri dan ibu yang inginkan penyediaan makanan lebih cepat daripada air tangan sendiri.  Jimat!

Persediaan Ramadan




Frozen food


1) Persediaan kalau terlambat bangun untuk prepare sahur atau “M” malas nak masak. Sahur ringkas sahaja tapi anak lelaki sahur selera seperti makan tengah hari makan bertambah-tambah.

2) Frozen food tahan 2 hingga 3 bulan di dalam peti sejuk beku. Tulis tarikh di atas penutup makanan. Tak perlu bahan awet. Proses pembekuan ini melambatkan tindak balas mikroorganisma.

3) Bila dah di cairkan dan panaskan, tak boleh simpan lagi. Habiskan makanan yang telah di sejuk bekukan.

4) Suami pesan, jangan beri orang lain masak, contoh pembantu. Air tangan ibu penting. Kerja lain boleh delegate pada orang lain. Masak tak boleh. Nak jadi angkasawan pun dia tak kisah, asalkan masak untuk keluarga.

5) Ramadan bulan bonanza Al quran dan peluang untuk perbanyakkan doa. Jadi nak kurangkan sibuk memasak dekat-dekat nak berbuka, terutama waktu mustajab berdoa.

Gambar hiasan projek hari ini, 4 ekor ayam, di masak sambal, cili api, asam pedas dan butter cheese. (Ini pilihan anak-anak)

Masa yang di ambil nak siapkan lebih kurang 2-3 jam. Ada banyak kebaikan, contoh tiada bahan masakan kering layu di peti sebab penyakit M atau busy tak sempat masak.


Sumber: Norlela Khalidah


Saturday, May 12, 2018

Resepi Tauhu Berlauk Untuk Tambah Kalsium Ibu Hamil & Menyusukan Anak

Pemakanan yang sihat dan seimbang semasa anda hamil atau menyusu adalah penting untuk membekalkan tenaga. Oleh itu, pengambilan jumlah kalsium yang cukup amatlah disarankan. Macam mana nak tambah kalsium semasa hamil atau ketika menyusu? Bukan sahaja dengan minum susu, dengan mengamalkan pengambilan tauhu pun boleh menambah kandungan kalsium supaya cukup dalam badan tau! Jangan risau, bukan makan tauhu kosong sahaja. Anda boleh cuba resipi tauhu berlauk ini dan jadikan amalan setiap hari!
www.abangbrian.co

RESIPI TAMBAH KALSIUM YANG IBU HAMIL DAN MENYUSU MESTI MAKAN!

Kalau tengah mengandung dan menyusukan anak, wanita memang perlu meningkatkan pengambilan kalsium. Untuk pengetahuan semua ibu, wanita yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin).
Kebanyakan ibu hamil kurang tahu berapa jumlah keperluan kalsium mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari! Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehingga bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehingga bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
http://www.goodtoknow.co.uk/
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain. Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah tauhu.

BAHAN-BAHAN

3 biji tauhu putih
2 biji tauhu telur
2 biji telur
2 sudu besar cincangan dada ayam
1 sudu besar cincangan daun bawang
1 sudu besar cincangan daun ketumbar
Garam dan lada sulah secukup rasa
www.facebook.com/mamadananakofficial

CARA PENYEDIAAN

1. Kisar semua bahan hingga lumat. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
www.facebook.com/mamadananakofficial
2. Tuang bancuhan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak (supaya tak melekat). Kalau guna loyang segiempat lagi bagus, senang hendak potong dan akan mendapat potongan yang rata.
www.facebook.com/mamadananakofficial
3. Kukus selama 15 minit atau sehingga nampak tauhu sudah pejal (tekan dengan jari. Kalau tak lembik, maknanya dah okey). Keluarkan daripada loyang dan sejukkan sebentar.
www.facebook.com/mamadananakofficial
4. Bila sudah sejuk, potong ikut citarasa. Kemudian celupkan dalam telur yang dibancuh dgn sedikit garam (tiada dalam gambar), sama seperti celup bergedil. Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Toskan.
www.facebook.com/mamadananakofficial
5. Inilah hasilnya selepas digoreng. Hidangkan panas-panas. Cicahlah dengan apa-apa sos pilihan. Selamat menikmati!
www.facebook.com/mamadananakofficial
*Selamat mencuba!
Sumber : Naima Faudzi, MAMA Dan Anak

Bosan Dengan Menu Berpantang Yang Sama? Jom Cuba 5 Jenis Resipi Sihat Ini!

“Bosanlah asyik makan menu yang sama sahaja semasa berpantang ni, nak cuba menu lain apa lagi ye?”
Memang boleh buntu bila fikirkan apa yang boleh dimakan semasa berpantang ni kan? Asyik pusing menu yang sama sahaja setiap hari kerana kurang pandai mempelbagaikan jenis masakan ketika berpantang. Jangan risau, kalau anda masih tak tahu apa yang boleh dimasak dan dimakan, jom kita cuba 5 jenis resipi ini yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan ibu semasa berpantang.


1. HARUAN KUKUS SERAI

Ikan haruan ternyata merupakan salah satu jenis ikan yang sesuai diamalkan oleh ibu semasa berpantang. Hal ini kerana, ikan haruan sangat bagus untuk menyembuhkan luka selepas bersalin. Kalau tak tahu nak masak apa tu, anda boleh cuba untuk masa ikan haruan kukus serai ini dan dimakan bersama nasi panas.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan haruan (Dibersihkan dan dikelar rapat) 
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 1 cawan air 
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sapukan garam pada seluruh ikan. 
  2. Masukkan semua bahan yang dihiris, serai, ikan haruan, air, dan garam ke dalam kuali. 
  3. Masak ikan dengan api yang kuat selama 8 hingga 10 minit. 
  4. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan daun ketumbar yang diracik dan perahan limau. 
  5. Sedia dihidangkan dengan sambal belacan ataupun air asam.


2. SUP IKAN HARUAN

Ini boleh dikatakan antara menu wajib dimakan bagi ibu yang masih berada dalam tempoh berpantang. Mungkin anda akan bosan dengan menu yang sama  tapi selepas habis tempoh berpantang, susah pula nak makan menu macam ini kan? Sudah semestinya, sup ikan haruan ini akan memberikan anda tenaga yang positif dan dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan haruan (Dibersih dan dipotong kecil) 
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 cawan air 
  • 1 inci kunyit hidup (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 sudu makan lada hitam 
  • 1 keping asam gelugur 
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 pokok daun sup (Diracik) 
  • 2 sudu makan bawang goreng 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, dan halia sehingga naik bau. 
  2. Masukkan air, kunyit hidup, lada hitam, cili merah, asam gelugor, dan garam. Masakkan sehingga mendidih. 
  3. Masukkan ikan dan biarkan mendidih sekali lagi. Tutupkan api. 
  4. Sedia dihidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.


3. BUBUR AYAM SIHAT

Sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam, bubur ayam sihat ini sudah semestinya menjadi kegemaran ibu yang berada dalam tempoh berpantang. Mudah untuk dimakan dan mudah untuk disediakan, si ibu juga tidak perlukan bantuan sesiapa untuk memasaknya sendirian. Sedap pula tu!

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan beras 
  • ½ inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 4 cawan air 
  • 1 keping dada ayam 
  • 1 sudu makan rempah kari 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Sedikit garam
Bahan B (Hiasan)
  • 1 pokok daun sup (dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu makan bawang goreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam-2 jam. Tuskan. 
  2. Masukkan beras, halia, bawang merah, garam dan air di dalam periuk. Masakkan sehingga beras hancur dan kembang. 
  3. Dada ayam digaulkan dengan garam dan rempah kari. 
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga 
    garing. Sejukkan. 
  5. Koyakkan (siatkan) ayam goreng dan ketepikan. 
  6. Masukkan nasi bubur ke dalam mangkuk hidang dan taburkan ayam 
    goreng yang dikoyakkan dan bahan B sebagai hiasan. 
  7. Sedia dihidangkan.


4. SALAD SALMON

Kaya dengan protein dan Omega 3, ikan salmon adalah salah satu jenis ikan yang sesuai diamalkan oleh ibu dalam berpantang. Jika anda sudah biasa makan ikan salmon secara mentah, bila berada dalam berpantang ini pastikan anda masak dahulu isi ikan ini secara ‘grill’ atau rebus dulu ya.

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 keping ikan salmon 
  • 1 batang timun jepun (Dihiris) 
  • 1 batang lobak merah  (Disagat kasar) 
  • 10 biji tomato ceri (Dibelah 2) 
  • 4 biji bawang merah (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • ½ cawan daun pudina (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris) 
Bahan B
  • 2 sudu makan sos cili Thai 
  • 2 biji limau kesturi (Diambil jus) 
  • 2 sudu makan kicap cair

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan salmon dan sapukan garam. 
  2. Bakarkan di dalam kuali non stick sehingga masak. Peroikan isi ikan. 
  3. Belah dua timun jepun kemudian hiriskan. 
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. 
  5. Di dalam mangkuk lain masukkan semua bahan B. Kacau sebati. 
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi sayuran dan kacau rata. 
  7. Sedia dihidangkan.


5. SERUNDING IKAN BILIS KERING

Paling mudah untuk dimakan bersama nasi, lauk serunding sudah semestinya menjadi salah satu pilihan ibu-ibu dalam berpantang. Bukan sahaja mudah untuk dimakan, kandungan halia dalam serunding ini juga bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan para ibu. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap!

Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g ikan bilis 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 15 tangkai cili kering   
  • 1 inci halia                
  • 2 batang serai             
  • 2 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih  
  • ( Cili kering, halia, serai, bawang besar dan putih dikisar bersama)
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus) 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendamkan ikan bilis dan kisarkan sedikit. 
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan santan pekat, asam gelugur, daun kunyit, gula, garam dan ikan bilis. 
  4. Kacau rata sehingga masakan agak kering. Hidangkan.

Sumber: MyResipi.com

Resepi ‘Nasi Cupcake’ Untuk Anak Yang Susah Makan. Sesuai Untuk Bayi Juga

“Aduhai budak ni, susah betul nak disuruh makan. Lagi-lagi pulak tengah demam, lagilah dia tak berselera. Apa aku nak masak untuk dia ya?”
Bila anak atas 6 bulan jenis susah makan, ibu ayah mesti pening. Asyik nak susu saja pun tak boleh juga. Nanti kurang berat badan. Apa kata pelbagaikan menu mereka dan cipta sedikit kelainan dalam hidangan harian. Di sini kami kongsikan resepi Nasi Cupcake hasil olahan Puan Bella Nabila.
Menurutnya, memandangkan suatu masa dahulu anaknya pun pernah tak berselera sebab, maka tercetuslah idea untuk menyediakan hidangan ini. Yang penting, ianya cukup ringkas dan sedap!
Jom kita tengok resepinya.

RESEPI ‘NASI CUPCAKE’ UNTUK ANAK YANG SUSAH MAKAN. SESUAI UNTUK BAYI JUGA

Berikut adalah bahan-bahannya. Yang ini kalau nak sediakan untuk anak yang dah besar sedikit. Kalau nak sediakan untuk bayi, boleh scroll ke bawah lagi sebab seeloknya guna bahan yang lebih sihat.

BAHAN-BAHAN

  • Nasi putih
  • Butter
  • Serbuk lada sulah
  • Isi ikan/ayam (yang dah siap digoreng / kukus)
  • Susu kotak
  • 1 biji telur
  • Cheddar cheese
  • Sedikit garam (optional)

CARA-CARA

1. GAULKAN BAHAN UTAMA

Pertama sekali, gaul nasi putih bersama butter dan isi ikan / ayam.

2. CAMPURKAN TELUR & SUSU

Seterusnya, pukul telur dan campurkan ke dalam susu. Kacau sebati.

3. MASUKKAN BAHAN KE DALAM CAWAN KERTAS

Sekarang, dah boleh masukkan nasi yang telah digaul (dalam langkah 1) ke dalam cawan kertas / cupcake.
Kemudian, tuangkan susu yang dah dicampur telur tadi ke atasnya.

4. TABURKAN CHEESE

Untuk topping, taburkan cheddar cheese yang dah diparut di atasnya.

5. BAKAR

Akhir sekali, panaskan oven pada 160°c selama 10 minit. Dan bakar selama 20 minit. Siap!

*UNTUK BAYI

Bagi yang ingin menyediakan resepi ini khas buat bayi, boleh gunakan bahan-bahan seperti di bawah ini.
Bahan-bahan
  • Nasi putih
  • Unsalted butter
  • Serbuk lada sulah
  • Isi ikan/ayam (yang sudah digoreng / kukus)
  • Susu segar
  • 1 biji telur
  • Cheese block (Bega)
  • Sedikit serbuk bilis (pengganti garam)
Cara-caranya membuatnya sama seperti di atas.

MUDAH, SEDAP DAN SIHAT!

Beginilah hasilnya. Wah, memang membuka selera kan? Anak nak makan pun senang.
Lepas ini bolehlah cuba untuk anak-anak di rumah. Bahannya pun sihat dan berkhasiat. Ringkas saja, bukan?
Selamat mencuba.

**Resepi asal Nasi Cupcake ini adalah hasil olahan Puan Bella Nabila. Untuk lebih banyak perkongsian dan tips masakan, follow beliau di SINI.

Resipi Sup Antibiotik Ini Sesuai Untuk Turunkan Suhu Demam Dan Cairkan Kahak Si Kecil

“Anak aku ni dah demam dua hari tak turun suhu panas, rasanya nak kena buat sup antibiotik baru ok kot”
Sup merupakan salah satu makanan yang mampu untuk menurunkan suhu panas badan sesiapa sahaja yang demam. Hal ini kerana, bahan herba yang digunakan adalah bagus untuk memperbaiki immuniti badan khususnya kanak-kanak yang makin membesar. Jom kita belajar untuk masak sup antibiotik sebagai penawar demam buat anak-anak.

SUP ANTIBIOTIK UNTUK DEMAM DAN CAIRKAN KAHAK

Hati mak mana lah yang tidak risau bila anak sakit. Badan Wiyyah pun kelihatan letih, mukanya pun nampak lesu tidak bermaya. Doktor bekalkan ubat demam dan cair kahak untuk dia. Kalau ibu-ibu rajin search di Google, tentu pernah terbaca tentang “sup antibiotik” kan? Menu sup begini memang sesuai untuk anak yang demam bagi mengembalikan tenaga dan merawat penyakit dengan izinNya.
http://utaranews.com/

BAHAN-BAHAN

5 biji buah pelaga
5 -7 biji bunga cengkih
5 ulas bawang putih | dicincang halus
1 ulas bawang merah | dicincang halus
3 biji lada hitam | dihancurkan
1 batang lobak merah | dipotong dadu
3 batang celery / ikan bilis
Ayam / ikan /daging (sumber protien)
Sedikit daun sup atau daun bawang
3 cawan air

CARA-CARA PENYEDIAAN

1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut citarasa.
2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih.
Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis, Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.
3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.
4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon, noodle pelbagai perisa ataupun pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang. Siap. Selamat mencuba.
*Mudah saja kan? Bukan sahaja boleh dimakan ketika sakit, sup antibiotik ini juga sangat bagus untuk diamalkan supaya immuniti badan sentiasa terjaga. Selamt mencuba!
Sumber : Julia Daud

Mudahnya Buat Bendi Celup Tepung Untuk Latih Anak Supaya Suka Makan Sayur!

“Taknak makan sayur, tak sedap!”
“Adik kena la makan sayur barulah badan adik sihat..”

ANAK TAK SUKA MAKAN SAYUR?

Haih, susahnya nak suruh anak makan sayur-sayuran kan? Dah cuba pelbagai jenis resipi berkaitan sayur tetapi masih sama juga reaksinya iaitu tak suka sayur. Macam mana anak-anak nak dapat nutrient yang bagus semasa melalui proses pembesaran kalau tak makan sayur? Jadi, jom kita cuba resipi bendi celup tepung ini sebagai salah satu ‘trick’ untuk anak-anak suka sayur.

MUDAH DAN SEDAP!

om cuba menu macam ni, silap silap dengan mak dia sekali meratah sama. Bendi celup tepung penuh kaseh sayang. Resepi boleh rujuk gambar, pastinya senang mudah dan ringkas. Bila dah salut tepung, anak pun tak perasan warna hijau sayur tu. Makan saja pun boleh nak campur nasi pun sedap juga. Boleh share jika bermanfaat ya.
1. Watak utama, cuma perlu sediakan tiga bahan utama. Tepung goreng Bestari, bendi dan telur. Tambahan boleh buh lada hitam/lada putih ataupun serbuk cili.
2. Celupkan bendi ke dalam telur nak bagi senang tepung melekat bila goreng nanti.
3. Lumurkan dengan tepung goreng Bestari plastik kaler oren tu, depan belakang depan belakang sampai rata. Agak suka pedas boleh buh lada hitam ataupun serbuk cili campur sekali dalam tepung.
4. Panaskan minyak. Biarkan bendi bertukar keperangan, boleh balik balikkan supaya masak sekata.
5. Siap! Boleh ratah saja macam tu pun sedap jugak atau buat minum pepetang dengan teh o panas. Bendi dah siap goreng, rangup di luar lembut di dalam.
Selamat mencuba!
Sumber: Jastia Taza

Tak Payah Order Di Kedai Lagi. Ini Resepi Telur Bungkus Yang Sedap & Simple


“Anak aku yang sorang ni asal makan luar je nak order telur bungkus. Suka sangat dengan menu tu. Agaknya kalau aku cuba buat sendiri di rumah, mesti dia suka. Susah tak agaknya ye?”
Bagi anda yang biasa makan di warung, inilah antara menu popular yang sangat membuka selera. Mesti ramai yang tak biasa masak lauk ini di rumah, kan?
Sebenarnya, cara buat lauk telur bungkus ini tidaklah susah. Bahan yang digunakan selalunya memang dah tersedia, terutamanya bagi anda yang kerap memasak di rumah.
Jadi, apa kata tukar selera dan cuba resepi yang disumbangkan oleh Puan Azrina Ienini. Menurutnya, inilah juga lauk favourite suaminya. Memang cukup menyelerakan. Tak payah masak lauk lain lagi pun dah cukup sedap dimakan dengan nasi.

RESEPI TELUR BUNGKUS YANG SEDAP & SIMPLE

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • Ayam – cincang
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • Bawang besar – cincang
  • 3 batang cilipadi
  • Carrot – potong dadu
  • Tomato – potong dadu
  • Bunga kobis – potong dadu
  • Kacang panjang
  • Cendawan shitake
  • Sos tiram
  • Sos tomato
*Jenis sayuran yang digunakan boleh ditambah, dikurangkan atau dipilih mengikut citarasa masing-masing. 

CARA-CARA

Ini pula cara untuk membuatnya langkah demi langkah.
Cara Buat Inti Telur Bungkus
1. Tumis
Mula-mula, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan Ayam & Sos
Kemudian, masukkan ayam yang telah dicincang halus. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato.
3. Masukkan Semua Sayuran & Cili
Akhir sekali, masukkan semua sayuran sehingga masak. Bila dah siap, ketepikan dalam sebuah bekas lain.
Cara Bungkus Dengan Telur
1. Masak Telur
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sebati. Masak telur macam buat telur dadar.Lenggangkan sedikit kuali untuk buat telur yang nipis.
2. Letakkan Inti
Bila telur dah separuh masak, ambil inti yang telah siap dan letak di atas telur tadi. Kemudian, bungkus telur perlahan-lahan.
3. Telangkupkan Pinggan
Masa nak angkat, telangkupkan pinggan ke atas telur yang dah dibungkus tadi.  Maksudnya, sebelah tangan tahan pinggan dan sebelah lagi terbalikkan kuali. Bahagian yang dilipat / dibungkus tadi akan berada di sebelah bawah.
4. Siap Dihidang
Ok bila dah siap, bolehlah taburkan bawang goreng atau letakkan sos cili. Hidangkan juga dengan hirisan timun atau tomato. Macam dekat warung tu!

MUDAHNYA!

Wah, mudah betul cara membuatnya. Rasanya tak sampai 15 minit boleh siap ni. Partbungkus telur tu mungkin kenalah hati-hati sikit kalau tak biasa.
Apapun, anda di rumah kenalah mencubanya ya. Sedap tau!

*Resepi telur bungkus yang sedap & simple ini disumbangkan oleh Puan Azriena Ien. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.