Tuesday, May 1, 2018

Ketahui Cara Sebenar Nak Masak Daging Untuk Lebih Sedap

Ketahui Cara Sebenar Nak Masak Daging Untuk Lebih Sedap
Daging bakar, daging gulai, daging goreng apa sahajalah kaitan dengan sajian menu daging pasti mengecurkan air liur. Tapi tidak semua orang mampu menghasilkan rasa daging yang enak. Bayangkan haruman rempah rendang dah menyelerakan tapi bila gigit daging rendang. Liat, keras dan terus tiada mood nak menjamu selera!
Memasak bukan senang, punya daya kreativiti dan ilmu tersirat. Namun jangan risaulah semuanya boleh dipelajari dengan mudah dan perlu praktis.
Siapa rasa nak handal dalam memasak daging, jom baca tips yang Wanista kongsikan ini. 

Biarkan daging ‘rehat’

Jangan terus keluar dari peti ais anda terus ingin memotong daging. Sebaiknya biar ia berubah pada suhu bilik atau tunggu lima sehingga 15 minit. Lebih tebal daging, lebih baik untuk tunggu lebih lama. Tips dari Food Network pula, khas untuk daging yang dipanggang seeloknya biar selama 20 minit sebelum diletakkan di atas pemanggang.
Foto – WikiHow
Cara ini untuk memastikan jus daging sentiasa tersejat didalam daging. 

Teknik memotong

Setiap potongan dan daging adalah berbeza bergantung dengan masakan dan jenis daging yang dimasak. Pastikan anda tahu resepi dan cara memasak daging. Daging yang dikisar lebih lembut sama seperti rebus dengan masa yang lama. Lebih senang mintak sahaja si penjual daging tolong potongkan!

Foto – Food De Flavors

Kerap balikkan daging

Tak perlu susah-susah nak terbalikkan daging setiap masa. Daging bukan akan terbalik dengan sendiri tapi ia akan lebih mudah diterbalik bila sudah sampai waktunya. Jangan paksa, nanti isi daging akan melekat pada kualiti. Anda pula yang susah kena membasuh.
Foto – Eat

Guna kuali sejuk

Panaskan kuali atau periuk terlebih dahulu sebelum memasukkan daging. Ia juga bagi mengelakkan daging terus melekat pada kuali.
Foto – Kitchn
Jadi selama ada tak anda ikut teknik diatas?

0 comments:

Post a Comment