- Memang tidak dapat dinafikan, bila terjumpa saja resipi yang memerlukan kita membuat doh, mulalah perasaan malas melanda...
- Sebab itu kami rasa anda akan suka resipi minggu ini! Pernah cuba membuat karipap menggunakan roti sebagai kulitnya?
- Bahan-bahan:
- 1 dada ayam (dipotong kiub)
- 1 biji kentang (direbus dan dipotong dadu)
- 1 biji bawang merah (dicincang)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 sudu besar serbuk kari
- garam secukup rasa
- 1 pek besar roti
- 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan air)
- Minyak masak
Alat-alat:
- Acuan karipap
- Rolling pin
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan daging ayam dan tumis sehingga masak.
3. Masukkan kentang, serbuk kari dan garam. Gaul sebati dan tutup api.
4. Gunakan rolling pin dan lenyekkan roti
5. Letakkan roti di atas acuan karipap, dan sesudu inti ke atas roti
6. Sapukan bancuhan tepung gandum di sekeliling inti
7. Kelimkan karipap menggunakan acuan; koyakkan roti yang berlebihan
8. Goreng sehingga keemasan
9. Enjoy!
- Bagi yang mungkin tidak tahu, bancuhan tepung gandum yang disapu di atas roti itu berfungsi sebagai gam supaya karipap tidak terbuka semasa digoreng
- Kalau makan karipap biasa, serpihan kulitnya mesti akan bertaburan di atas baju. Sebab itu kami minat karipap roti ni: bukan saja rangup, kulitnya tak akan beserpihan dan tertumpah sewaktu makan ;)
- SELAMAT MENCUBA!
Friday, May 11, 2018
Home »
Dessert
,
Resepi
,
Resepi Ala Kampung
» Nak Cepat? Guna Resipi 'Shortcut' Ini Untuk Buat Karipap Roti Yang Rangup Dan Sedap!
Nak Cepat? Guna Resipi 'Shortcut' Ini Untuk Buat Karipap Roti Yang Rangup Dan Sedap!
Related Posts:
Baru Tahu Rupa-Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat Masakan orang Malaysia memang tak sah kalau tak pakai cili. Barulah lebih ‘kaw’ dan ‘menyengat’. Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar. Untuk memudahkan kerja, kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa ka… Read More
12 Idea Serta Resipi Nasi Berlauk Bagi Yang Sedang Diet Dan Ingin Kurus MAKAN NASI UNTUK KURUS! Yang tak nak makan nasi tu jangan kecam saya ye. Saya nak bagitau untuk orang yang nak kurus dan makan nasi je. Tiada paksaan dalam makan nasi. Hehe. Ramai orang tanya saya boleh tak nak makan… Read More
Tak Perlu 'Cucuk' Tang Mana-Mana, Amalkan 15 Jenis Ulam Ini Rahsia Wajah Kekal Awet Muda Agaknya apa anda rasa jika orang teka umur anda itu lebih muda berbanding umur sebenar anda? Pasti tak lekang senyuman yang terukir. Selain amalan senaman dan penjagaan kesihatan yang baik, antara bahan makanan yang … Read More
2 Resipi Apam Kukus Popular. Makan Dengan Nyoq Parut Memang Sedap Tak Terkata! Kuih Apam adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang-orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Na… Read More
12 VIRAL Resipi Masakan Cepat Siap Di Bulan Ramadhan - Puan Pnut Syafinaz di Facebook beliau.JOM SHARE CEPAT !!! Kesemua resipi ini boleh di sediakan pada hujung minggu dan dibekukan. Untuk makluman, resipi ini telah mendapat lebih daripada 14,000 share di Facebook. Sebagai emak bekerja, saya nak share cara cepat saya sediakan… Read More
0 comments:
Post a Comment