Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking is like love. It should be entered into with abandon or not at all.” — Harriet Van Horne

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking requires confident guesswork and improvisation — experimentation and substitution, dealing with failure and uncertainty in a creative way.” — Paul Theroux

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking with kids is not just about ingredients, recipes, and cooking. It’s about harnessing imagination, empowerment, and creativity.” — Guy Fieri

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Cooking is about imbibing different cultures and putting them in a plate on the table.” — Johnny Iuzzini

Facebook - Resepi Bonda

Resepi Bonda - myresepibonda.blogspot.my - - > “Instead of going out to dinner, buy good food. Cooking at home shows such affection. In a bad economy, it’s more important to make yourself feel good.” — Ina Garten

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, January 7, 2019

Apam Bakar Kelantan

Resepi apam balik kelantan yang enak dimakan bersama kelapa parut


Ingredients

300 gm tpg beras
130 gm gula pasir
1 sudu kecil garam
1 kotak kecil santan(200 ml)
2 sudu kecil yis
4@5 biji pisang mas/berangan
4 ketul tapai ubi
1 sudu kecil lada hitam *
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
2 biji bwg merah kecik *
200 ml air*

Directions

1Kisar bahan2 bertanda *..
2Tapis dan ambik airnya sahaja(sukat dapat kan semula dalam anggaran 200ml)
3Lenyek pisang, tapai ubi dengan garam dan gula sampai hancur atau sebati
4Masukkan tepung beras dan santan
5Yis dibancuh dengan air yang ditapis td
6Masukkan ke dalam adunan dan kacau sampai semuanya sebati
7Perapkan selama 2 jam supaya tepung gepu
8Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak
9Tuang 2 senduk adunan ke dalam kuali
10Apabila bahagian bawah sudah masak, terbalikkan sebelah atas pula.
11Sedia dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan secubit garam garam
Kredit resepi : FB Zaimah Zakaria

Wednesday, May 16, 2018

Siapa Yang Nak Pakai Kebaya Size S Raya Ni? Ikut Jer Jadual Diet Ini Sepanjang Ramadhan, InsyaAllah Boleh Buang 5kg-10kg
























Tiba sudah bulan yang dinanti, bulan Ramadhan antara bulan paling mulia diantara bulan-bulan yang lain.  Bulan Ramadhan akan menyaksikan seluruh umat Islam menahan lapar dan dahaga selama 14 jam setiap hari dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

Dikatakan bulan Ramadhan inilah peluang untuk perut berehat dan dikesempatan ini ada juga yang memanfaatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat serta tak lupa juga untuk yang nak mulakan diet.

Sebelum memulakan perjalanan diet, sentiasa beringat untuk tidak sama sekali menyeksa tubuh badan dan faham tujuan asal bulan Ramadhan adalah untuk mendapatkan darjat dengan bertakwa kepada Allah swt.  Oleh itu, kekal sihat dan beribadah perlulah seimbang ya!

Berbalik kepada topik perbincangan kita tadi, ramai sebenarnya selama ini telah mengamalkan diet yang tidak sihat dengan cara yang salah.  Contohnya, ketika berbuka puasa korang tidak dapat mengawal diri dengan mengambil makanan secara berlebihan, makanan bergoreng atau makanan segera.








































Makanan diproses yang mengandungi karbohidrat ringkas atau gula harus dielakkan kerana badan menggunakannya dengan cepat. Inilah sebab mengapa kita lebih cepat lapar selepas makan mi segera berbanding semangkuk kecil oat.
Perkongsian daripada Norafiza Mahmud ini boleh dijadikan panduan buat korang yang mahukan impak penurunan berat berskala tinggi di bulan puasa ini.  Macam mana tu?  Jom baca tips yang disediakan dibawah dan semoga amalan ini digunakan secara berpanjangan untuk mencapai badan yang lebih sihat.

Ini jadual diet sepanjang Ramadhan. Boleh pakai kebaya saiz S raya ni.

Jom buang 5kg-10kg. Apa ada hal!

Jadual ini tidak di pengaruhi oleh gula, garam, santan ataupun minyak yang tinggi.

Ini gambaran berapa banyak nasi yang perlu diambil.  Malasla nak tipu korang, sebenarnya kalau memang nak betul-betul slim memang perlu elakkan nasi.

Masak dulu tauhu bersama hujung sudu butter.  Kemudian sayur dan tempe dan grill ikan.  Ini untuk mengelakkan hanyir ikan bercampur sayur.

Masak dulu udang bersama butter, kemudian angkat udang dan masukkan pula sayur tanpa tambah butter.  Kemudian grill tauhu tanpa tambah butter.

Jus apple+peria.  Korang boleh buat apa-apa jus buah, cuma dilarang memasukkan gula.  


Paling kebabom. Terung grill dengan cencalok.


Mango susu+yogurt. Sekilo RM4.50 saja. Ala murah sangat mango ni.  Wajib cuba! Sedap.

Best for penghadaman.  Buah naga

Masak sotong dengan hujung sudu butter.  Kemudian masuk sayur tanpa tambah butter.  Last sekali tauhu.  Mudahkan?
Kudap-kudap: Apple hijau, badam, apricot dan kurma
Kau orang boleh rasa garam di dalam sambal belacan atau air asam. Juga merasakan gula di dalam jus buah-buahan.

Alamak, takda kueh langsung ke?

Ye, dalam menu ni xda kueh langsung. Tapi kau orang boleh memilih 1 atau 2 jenis setiap kali berbuka dengan kuantiti 2 ketul sahaja. Jika kau orang memilih nasi maka, terpaksa meninggalkan kueh.

Jika memilih kueh, lupakan nasi untuk hari itu. Alasannya adalah, kau orang perlu set jadual makan dan memilih yang mana perlu. Ala bukan tiada hari esok untuk makan.

Cik oya, kenapa perlu 15 Minit bersenam?

Nak bersenam atau mengeras rumah atau apa pun yang mampu memberi signal "berpeluh". Cara ini dapat memenuhi keperluan 8 gelas sehari dalam tempoh berpuasa.

Jadi, masak ikan, udang dan sotong mahupun sayur menggunakan apa?

Gunakan "non stick pan" dan ⅓ sudu makan "butter". Sama ada untuk memasak barang basah atau sayuran. Butter sudah cukup untuk memberi rasa sedap.






Cik oya, kenapa berbuka tiada nasi?

Percayalah, Berbuka tanpa nasi dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Malah, kau orang akan lebih segar dan cergas.

Nasi hanya akan melemaukan aktiviti selepas berbuka.

Boleh ke saya hendak minum ais?

Boleh. Awak taruk beberapa ketul ais di dalam jus epal, jus timun dan sebagainya. Pastikan semua jus bebas daripada campuran gula.

Bila masa yang sesuai untuk minum tea detox?

Tea detox start dari awal berbuka. Sepanjang sebelum tidur wajib minum. Ini akan memberi kesan optimum untuk slim. Kulit juga akan cerah di pagi raya.

Boleh ke tahan lapar kalau tak makan nasi?

Boleh sayang. Pakai je bengkung setiap hari. Gunakan bengkung biasa. Ala, rm25 je di lazada. Bengkung ini untuk support tulang belakang, kurangkan rasa lapar. Ini bukan bengkung untuk "shaping" ok.

Ada soalan lagi?

Taruk sahaja soalan kau orang di ruang komen. In shaa Allah cik oya akan membalasnya dengan kadar yang segera.

Lihat gambar terakhir. Maka, kau orang akan tersedar pentingnya mengawal pemakanan.

Norafiza Mahmud
Perjuangan wanita masa kini, cewahhh.


Sumber: Norafiza Mahmud


Saturday, May 12, 2018

Resepi Tauhu Berlauk Untuk Tambah Kalsium Ibu Hamil & Menyusukan Anak

Pemakanan yang sihat dan seimbang semasa anda hamil atau menyusu adalah penting untuk membekalkan tenaga. Oleh itu, pengambilan jumlah kalsium yang cukup amatlah disarankan. Macam mana nak tambah kalsium semasa hamil atau ketika menyusu? Bukan sahaja dengan minum susu, dengan mengamalkan pengambilan tauhu pun boleh menambah kandungan kalsium supaya cukup dalam badan tau! Jangan risau, bukan makan tauhu kosong sahaja. Anda boleh cuba resipi tauhu berlauk ini dan jadikan amalan setiap hari!
www.abangbrian.co

RESIPI TAMBAH KALSIUM YANG IBU HAMIL DAN MENYUSU MESTI MAKAN!

Kalau tengah mengandung dan menyusukan anak, wanita memang perlu meningkatkan pengambilan kalsium. Untuk pengetahuan semua ibu, wanita yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin).
Kebanyakan ibu hamil kurang tahu berapa jumlah keperluan kalsium mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari! Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehingga bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehingga bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
http://www.goodtoknow.co.uk/
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain. Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah tauhu.

BAHAN-BAHAN

3 biji tauhu putih
2 biji tauhu telur
2 biji telur
2 sudu besar cincangan dada ayam
1 sudu besar cincangan daun bawang
1 sudu besar cincangan daun ketumbar
Garam dan lada sulah secukup rasa
www.facebook.com/mamadananakofficial

CARA PENYEDIAAN

1. Kisar semua bahan hingga lumat. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
www.facebook.com/mamadananakofficial
2. Tuang bancuhan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak (supaya tak melekat). Kalau guna loyang segiempat lagi bagus, senang hendak potong dan akan mendapat potongan yang rata.
www.facebook.com/mamadananakofficial
3. Kukus selama 15 minit atau sehingga nampak tauhu sudah pejal (tekan dengan jari. Kalau tak lembik, maknanya dah okey). Keluarkan daripada loyang dan sejukkan sebentar.
www.facebook.com/mamadananakofficial
4. Bila sudah sejuk, potong ikut citarasa. Kemudian celupkan dalam telur yang dibancuh dgn sedikit garam (tiada dalam gambar), sama seperti celup bergedil. Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Toskan.
www.facebook.com/mamadananakofficial
5. Inilah hasilnya selepas digoreng. Hidangkan panas-panas. Cicahlah dengan apa-apa sos pilihan. Selamat menikmati!
www.facebook.com/mamadananakofficial
*Selamat mencuba!
Sumber : Naima Faudzi, MAMA Dan Anak

Bosan Dengan Menu Berpantang Yang Sama? Jom Cuba 5 Jenis Resipi Sihat Ini!

“Bosanlah asyik makan menu yang sama sahaja semasa berpantang ni, nak cuba menu lain apa lagi ye?”
Memang boleh buntu bila fikirkan apa yang boleh dimakan semasa berpantang ni kan? Asyik pusing menu yang sama sahaja setiap hari kerana kurang pandai mempelbagaikan jenis masakan ketika berpantang. Jangan risau, kalau anda masih tak tahu apa yang boleh dimasak dan dimakan, jom kita cuba 5 jenis resipi ini yang sesuai untuk mengekalkan kesihatan ibu semasa berpantang.


1. HARUAN KUKUS SERAI

Ikan haruan ternyata merupakan salah satu jenis ikan yang sesuai diamalkan oleh ibu semasa berpantang. Hal ini kerana, ikan haruan sangat bagus untuk menyembuhkan luka selepas bersalin. Kalau tak tahu nak masak apa tu, anda boleh cuba untuk masa ikan haruan kukus serai ini dan dimakan bersama nasi panas.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan haruan (Dibersihkan dan dikelar rapat) 
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 1 cawan air 
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sapukan garam pada seluruh ikan. 
  2. Masukkan semua bahan yang dihiris, serai, ikan haruan, air, dan garam ke dalam kuali. 
  3. Masak ikan dengan api yang kuat selama 8 hingga 10 minit. 
  4. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan daun ketumbar yang diracik dan perahan limau. 
  5. Sedia dihidangkan dengan sambal belacan ataupun air asam.


2. SUP IKAN HARUAN

Ini boleh dikatakan antara menu wajib dimakan bagi ibu yang masih berada dalam tempoh berpantang. Mungkin anda akan bosan dengan menu yang sama  tapi selepas habis tempoh berpantang, susah pula nak makan menu macam ini kan? Sudah semestinya, sup ikan haruan ini akan memberikan anda tenaga yang positif dan dapat membantu menyembuhkan luka dengan cepat.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan haruan (Dibersih dan dipotong kecil) 
  • 1 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 cawan air 
  • 1 inci kunyit hidup (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 sudu makan lada hitam 
  • 1 keping asam gelugur 
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 pokok daun sup (Diracik) 
  • 2 sudu makan bawang goreng 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, dan halia sehingga naik bau. 
  2. Masukkan air, kunyit hidup, lada hitam, cili merah, asam gelugor, dan garam. Masakkan sehingga mendidih. 
  3. Masukkan ikan dan biarkan mendidih sekali lagi. Tutupkan api. 
  4. Sedia dihidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.


3. BUBUR AYAM SIHAT

Sangat sesuai untuk dijadikan sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam, bubur ayam sihat ini sudah semestinya menjadi kegemaran ibu yang berada dalam tempoh berpantang. Mudah untuk dimakan dan mudah untuk disediakan, si ibu juga tidak perlukan bantuan sesiapa untuk memasaknya sendirian. Sedap pula tu!

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan beras 
  • ½ inci halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 4 cawan air 
  • 1 keping dada ayam 
  • 1 sudu makan rempah kari 
  • 1 cawan minyak masak 
  • Sedikit garam
Bahan B (Hiasan)
  • 1 pokok daun sup (dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu makan bawang goreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam-2 jam. Tuskan. 
  2. Masukkan beras, halia, bawang merah, garam dan air di dalam periuk. Masakkan sehingga beras hancur dan kembang. 
  3. Dada ayam digaulkan dengan garam dan rempah kari. 
  4. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga 
    garing. Sejukkan. 
  5. Koyakkan (siatkan) ayam goreng dan ketepikan. 
  6. Masukkan nasi bubur ke dalam mangkuk hidang dan taburkan ayam 
    goreng yang dikoyakkan dan bahan B sebagai hiasan. 
  7. Sedia dihidangkan.


4. SALAD SALMON

Kaya dengan protein dan Omega 3, ikan salmon adalah salah satu jenis ikan yang sesuai diamalkan oleh ibu dalam berpantang. Jika anda sudah biasa makan ikan salmon secara mentah, bila berada dalam berpantang ini pastikan anda masak dahulu isi ikan ini secara ‘grill’ atau rebus dulu ya.

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 keping ikan salmon 
  • 1 batang timun jepun (Dihiris) 
  • 1 batang lobak merah  (Disagat kasar) 
  • 10 biji tomato ceri (Dibelah 2) 
  • 4 biji bawang merah (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • ½ cawan daun pudina (Dihiris)
  • 1 biji cili merah (Dihiris) 
Bahan B
  • 2 sudu makan sos cili Thai 
  • 2 biji limau kesturi (Diambil jus) 
  • 2 sudu makan kicap cair

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan salmon dan sapukan garam. 
  2. Bakarkan di dalam kuali non stick sehingga masak. Peroikan isi ikan. 
  3. Belah dua timun jepun kemudian hiriskan. 
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. 
  5. Di dalam mangkuk lain masukkan semua bahan B. Kacau sebati. 
  6. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi sayuran dan kacau rata. 
  7. Sedia dihidangkan.


5. SERUNDING IKAN BILIS KERING

Paling mudah untuk dimakan bersama nasi, lauk serunding sudah semestinya menjadi salah satu pilihan ibu-ibu dalam berpantang. Bukan sahaja mudah untuk dimakan, kandungan halia dalam serunding ini juga bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan para ibu. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap!

Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g ikan bilis 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 15 tangkai cili kering   
  • 1 inci halia                
  • 2 batang serai             
  • 2 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih  
  • ( Cili kering, halia, serai, bawang besar dan putih dikisar bersama)
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus) 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendamkan ikan bilis dan kisarkan sedikit. 
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan santan pekat, asam gelugur, daun kunyit, gula, garam dan ikan bilis. 
  4. Kacau rata sehingga masakan agak kering. Hidangkan.

Sumber: MyResipi.com