Friday, May 11, 2018

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan

  • Ketika datang bulan, memang asyik rasa nak makan je tapi kena tahu apa yang boleh dan tak boleh makan. Kami ingin berkongsi dengan anda senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil oleh wanita semasa datang bulan.

    • 1. Daging berlemak

      • Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.
    • 2. Ais Krim

      • Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan? 

        Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.
    • 3. Snek dan kerepek

      • Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung.
    • 4. Cokelat, biskut dan kek

      • Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk

        Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.
    • 5. Kopi

      • Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut

        Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.
    • 6. Minuman tenaga

      • Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut.

    0 comments:

    Post a Comment