Tuesday, May 1, 2018

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah Sama Sekali!

6 Makanan Ini Dilarang Makan Mentah Sama Sekali!
Pernah tak ketika anda ingin menyiapkan bahan masakan, tangan ringan jer masukkan bahan-bahan masakan ke dalam mulut. Belum masak lagi anda buat bahan-bahan mentah sebagai kudapan.
Kita semua tahu, daging ayam atau makanan mentah yang lain dilarang dimakan tanpa masak kerana boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria merbahaya didalam badan. Penulis masih ingat lagi dalam rancangan memasak realiti Hell’s Kitchen, salah seorang peserta menghidangkan daging ayam yang tidak dimasak sepenuhnya. Kemudian dia dimarahi chef Gordon Ramsay kerana daging tersebut hampir dijamah oleh seorang ibu mengandung.
Nampak seperti remeh tapi akibat memakan daging mentah, bayi dalam kandungan boleh maut. Jadi sebelum anda nak consume makan mentah jangan pilih sebarangan.
Resepi Bonda senaraikan 6 makanan yang tidak boleh diambil secara mentah…

#1 Kentang

Kentang yang belum direbus, digoreng atau dimasak, jika dimakan mentah boleh menyebabkan angin dalam badan. Anda akan mengalami banyak gas dalam perut, kerap kentut dan kembung perut. Lebih membahayakan, jika anda makan kentang yang telah lama direndam didalam air. Ia akan berubah menjadi warna hijau dan menghasilkan toksik ‘solanine’ yang mengakibatkan keracunan makanan.
Foto – Eatwell101

#2 Tepung

Siapa suka makan tepung yang dibancuh dengan air, baik berhenti sekarang. Menurut dari kajian beberapa institusi kesihatan Amerika Syarikat memakan tepung mentah berpotensi memberi pelbagai masalah kesihatan. Mengejutkan lagi apabila tepung berkemungkinan membawa patogen seperti E.coli.
Foto – Anthony’s Goods

#3 Sosej

Bukan makanan yang berkhasiat tapi anda pula selamba makan ia mentah-mentah, bahaya! Kita tidak cara pembungkusan sosej sebelum ini dan mungkin terdedah dengan pelbagai kuman/bakteria. Basuh dan rebus atau goreng dahulu sosej sebelum makan. Jangan terlalu mudah membahayakan kesihatan anda.
Foto – Google

#4 Susu

Susu yang terus diminum dari lembu tanpa ditapis atau pasteur mengandungi bakteria merbahaya seperti E.coli dan Salmonella. Individu yang minum susu mentah lebih dari 150 boleh menghidap penyakit bawaan makanan.
Foto – Food & Wine

#5 Taugeh

Taugeh kaya dengan vitamin dan kebaikan untuk kesihatan. Namun anda kena ingat, taugeh tumbuh dalam kawasan yang lembab dan bakteria mudah membiak. Pastikan anda sentiasa membeli taugeh yang segar dan bukan direndam selama beberapa hari.
Foto – The Woks of Life

#6 Terung

Terung mentah mungkin mengandungi toksik Solanine. Anda boleh mengalami angin, kembung perut dan keracunan makanan.
Foto – Food Network

0 comments:

Post a Comment