Friday, May 11, 2018

Begini Caranya Untuk Hasilkan Kuih Sagu Merah Klasik Ini. 'Simple' Dan Sedap!

  • Minggu ini, kami ingin berkongsi bagaimana untuk hasilkan kuih manis bersalut kelapa ini iaitu Kuih Sagu Merah! Cukup mudah sebenarnya untuk dibuat sendiri di rumah. ;)

  • Begini caranya:

    • Bahan-bahan:
      - 2 1/2 cawan air
      - 1/2 cawan sagu
      - 3/4 cawan gula
      - 1 sudu kecil perisa ros
      - 1 sudu kecil pewarna merah
      - 2 helai daun pandan
      - 1 cawan kelapa parut
      - 1/2 sudu kecil garam
      - Minyak

      Cara-cara:
      1. Di dalam periuk, masukkan air, sagu, gula, perisa ros, pewarna merah dan daun pandan. Reneh hingga pekat.
      2. Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan sagu dan kukus selama 20 minit. Kemudian, sejukkan 20 minit. Kemudian, sejukkan sehingga menjadi keras.
      3. Gaul kelapa parut bersama garam.
      4. Potong kuih sagu dan salutkan dengan kelapa parut.
      5. Siap untuk dihidang!

0 comments:

Post a Comment