Hari Khamis 17 Mei 2018, semua rakyat Malaysia sudah bersedia menjalankan ibadah puasa untuk tahun ini. Setiap daripada kita pasti dah tak sabar untuk memulakan ibadah puasa selama sebulan bermula terbit fajar sehinggalah terbenam matahari dan tak lupa untuk melaksanakan solat sunat tarawih selepas itu.
Para ibu pula merupakan individu yang paling sibuk sepanjang bulan ini. Menyediakan segala kelengkapan untuk seisi keluarga menjelang raya serta menjalankan tugas sebagai 'tukang masak berkaliber' diwaktu sahur dan berbuka. Perkongsian daripada Puan Norlelaini ditujukan khas buat para isteri dan ibu yang inginkan penyediaan makanan lebih cepat daripada air tangan sendiri. Jimat!
Persediaan Ramadan
Frozen food
1) Persediaan kalau terlambat bangun untuk prepare sahur atau “M” malas nak masak. Sahur ringkas sahaja tapi anak lelaki sahur selera seperti makan tengah hari makan bertambah-tambah.
2) Frozen food tahan 2 hingga 3 bulan di dalam peti sejuk beku. Tulis tarikh di atas penutup makanan. Tak perlu bahan awet. Proses pembekuan ini melambatkan tindak balas mikroorganisma.
3) Bila dah di cairkan dan panaskan, tak boleh simpan lagi. Habiskan makanan yang telah di sejuk bekukan.
4) Suami pesan, jangan beri orang lain masak, contoh pembantu. Air tangan ibu penting. Kerja lain boleh delegate pada orang lain. Masak tak boleh. Nak jadi angkasawan pun dia tak kisah, asalkan masak untuk keluarga.
5) Ramadan bulan bonanza Al quran dan peluang untuk perbanyakkan doa. Jadi nak kurangkan sibuk memasak dekat-dekat nak berbuka, terutama waktu mustajab berdoa.
Gambar hiasan projek hari ini, 4 ekor ayam, di masak sambal, cili api, asam pedas dan butter cheese. (Ini pilihan anak-anak)
Masa yang di ambil nak siapkan lebih kurang 2-3 jam. Ada banyak kebaikan, contoh tiada bahan masakan kering layu di peti sebab penyakit M atau busy tak sempat masak.
Sumber: Norlela Khalidah